Saturday, June 16, 2012

Kaedah Bekam Sunnah

-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.

-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.

-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.

-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.

-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.

-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.

-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab(70% isopropanol) untuk proses steril .

-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses NYAHKUMAN. Kemudian semua cawan bekam akan diSTERIL pula selama 15min menggunakan UV STERILIZER bagi menjamin kebersihan dan pembasminan kuman/virus secara maksimum.

Dail-dalil tuntutan berbekam

1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi"kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay”Hadith Sahih Al Bukhari

No comments:

Post a Comment